MAJLIS PELANCARAN DASAR INDUSTRI PERTAHANAN NEGARA (DIPN)

EVENT: MAJLIS PELUNCURAN DASAR INDUSTRI PERTAHANAN NEGARA (DIPN)
DATE: 21/1/2026
LOC: MITEC.
21 Januari 2026: Cendana Auto telah mengambil bahagian sebagai peserta pameran dengan membuka booth sempena Majlis Pelancaran Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN). Penyertaan ini memberi peluang kepada syarikat untuk mempamerkan keupayaan, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, di samping memperkukuhkan hubungan strategik dengan agensi kerajaan, pemain industri pertahanan serta rakan kerjasama yang berpotensi.
Semasa acara berlangsung, YAB Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, telah berkesempatan melawat booth CASB dan meninjau sendiri keupayaan serta inisiatif yang dipamerkan oleh syarikat. CASB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian YAB Perdana Menteri meluangkan masa untuk mengunjungi booth syarikat serta memberikan sokongan terhadap pembangunan industri tempatan. Penglibatan ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong agenda pembangunan industri pertahanan negara dan memperkasakan inovasi teknologi tempatan.
Media & Rujukan:
We are here for you 24/7
Get in touch with us today to learn more about our products and services. Our team is ready to assist you and provide the right solutions for your needs.
Contact Us